Friday, February 11, 2011

Winter Blues


Winter: the season u take a look at the sky,
watch the sun shine..

And you call Your God,
and you say a prayer..

and you say thank you,
thank you for the sunshine..

and inside your heart u'll think..
of billions of human in the world He created..

and of the thousands people He takes back..
why it were them, not it's not you..

And when everyday u live,
It's so cold in the nights..
U'll learned to say thank you..
U'll learn to take a prayer before u closed your room's door..
U'll learned to take a prayer before you start your car's engine..

U learnt to take a prayer..
So that if you might die..
Maybe a little prayer could have warm your little tiny heart..






Sunday, January 9, 2011

What I Learn?



i'm never a good student,
but sometimes i get to learn..

i learnt,
that when it's too hot in the summer,
u'll pray for a windv to ruffle your hair..

i learnt,
that when's it's too cold in winter,
u hope for a morning full with sun..
that sun ray feels like a blessing..

i learnt,
that after a year of not meeting your family,
all the more u prays for them..

i learnt,
that not being able to see your sister on her wedding day,
sometimes make u feel useless..
and what a selfish man are u..

but i learnt too,
than sleeping alone at night everyday,
sometimes u dreams of your girl..
but most of the time u dreams of your family..
and most of the most of the time u just pray to be close to them..

i learn,
that every class u go..
and every knowledge u get to learnt,
but imagination, u dont..
and how knowledge is just a tools to make your imagination a reality..
and sometimes u just need to dream more..

and more..

and more...




and more,,,






Friday, December 10, 2010


kanak2 palestin.

kita sering kali berasa bertuah berbanding mereka.
kita, yg telah dinikmati nikmat keamanan.
mereka, yg bakal dinikmati nikmat syahid di jalan-Nya.


siapakah yg lebih bertuah?

Thursday, December 9, 2010


How do u live, when u are afraid of dying?

Saturday, August 28, 2010

Cerita Kecik-Kecik..




Cita zaman kecik-kecik. Kanak-kanak.

Ayah & Abg Ali


Ummmm, apa kamu semua nak jadi time kecik huh?

Aku? Fikir balik macam-macam gak la aku nak jadi. Askar, polis, driver ambulan, driver lori sampah pon aku pernah minat gak, pastu kena marah ngn mak, haha..........

Tapi aku ada sikit pelik time aku kecik-kecik dulu. Time tu aku dah minat extreme sport ni. Tengok paper orang snowboard, surfing, skateboard, motoGP, motocross, orang men payung terjun...... suma aku minat.
Suma aku nak jadi. Banyak oo cita-cita aku, susah sebenarnya nak jadi aku ni, hahaha....

Tapi yang tu xpenting pon. Setiap budak-budak ada conflik identiti. Suma orang.

Tapi aku igt ada satu hari tu, time aku sekolah rendah kot..

Stapler ayah rosak. Musim tanda kertas exam, kira stapler tu sgt dperlukan la. Spring dia rosak. Aku amek getah gelang tu. Potong, pastu aku ikat. Ganti spring tu. Berjaya. Tapi simple trick ja, suma orang bleh buat, kn?
Sejak hari tu, ayah selalu cita kat orang, sedara-mara aku suma, kawan-kawan dia..
Aku ada bakat jadi ''engineer".
Sebab aku ''pandai repair barang"..

Semua orang ayah cita, aku rasa aku xterrer pon, tapi aku pon ''ter-percaya'' ngn ayah aku.
Aku ada bakat jadi engineer. Konfiden tu penting. Manusia perlu confident utk berjaya.
Psychologist cakap: Your plan have to succeed on your mind, before it could succeed on real life''

Next time aku tau, sinilah aku. Kt Jepun, study mekanikal engineering.

Kalau bukan sebab pujian tu, susah gak kot aku nk fikirkan cita-cita ni.

Tu ja aku nak share:
Nanti kalau kita jadi ayah, konfidenlah dengan anak sendiri. Guide your son, he need that :)
If your son is special, be proud and cherish it. If your son is not so special. Well, u can make him special.
If your son is not special at all. Well, coz his father is not special at all too. :p Everyone need to feel special, to start their journey to be special.

Friday, August 27, 2010

Why Saidai?


1st of all Saidai stand for 埼玉大学(Saitama Daigaku) - Saitama University....



Satu musim persekolahan sudah tamat, satu sem dah pun habis.
Sem yg penuh dengan cabaran gak la.. Sekarang tengah summer holiday(nama glamor utk cuti sem ^^ )..


Kadang-kadang aku terfikir balik kenapa aku buat pilihan utk datang university ni..
Ummm, ada part yg macam aku bayangkn sebelum fly, ada gak yg ''lain sikit dari apa yg aku bayangkan''......


Time pilih university ari tu, xda orang pon dlm batch aku yg nk masuk Saidai, absolutely ZERO. Pastu Suwa Sensei mula pujuk-pujuk aku..
Dalam tu la dah sedar, kalau aku buat pilihan untuk ke Saidai, aku akan pergi sorang-sorang. SORANG-SORANG..


Sorang-sorang. Ramai orang takut. Aku pon takut gak. Risau. Aku pon risau gak.


Tapi.. fikirkan balik sekarang. Itulah sebab paling kukuh aku ke Saidai...
17 tahun aku membesar di rumah. Sekolah harian. Di bawah ayah dan mak. Pastu 3 tahun aku kat JAD. Bersama kawan-kawan. Honestly aku banyak gak la bergantung ngn kawan-kawan. Sebab tu aku buat keputusan ke Saidai, yup, sorang-sorang.


Sebab aku nk belajar berdikari.


I wannna grow up, I wanna be strong. I want to know myself. I want to know why I live.

Cuba bayangkn berapa orang Tuhan tarik nyawanya setiap hari. Di Palestin, Iraq, Afghanistan. Di Malaysia, di sebalik kemalangan jalan-raya di Malaysia. Tapi kenapa mereka, kenapa bukan aku dan kamu? Kerana disebalik hidup, semestinya ada tujuan kita hidup....

Monday, July 19, 2010

Setelah sekian lama x update..

salam..

dah lama x update blog ni.. kali last update sebelum fly..
esok genap 4 bulan aku kat jepun, so maknanya da 4 bulan tu la x update blog..
nk ceritakan sal hidup baru di jepun, byk sgt xlarat nk cerita..
nt rajin2 aku update la len, haha....

by the way 1st sem da nak abes, minggu depan start exam..
please pray for me..

p/s: I wonder, what part the Lord have for me? Are you there wondering the same too?

Sunday, February 21, 2010

Bahagiakah Hidupmu? [Entri 3]

.....sgt dinasihatkn anda membaca Entri 1 terlebih dahulu............


Maka dalam Entri 2 aku katakan kebahagiaan perlunya penerimaan. Penerimaan diri sendiri, dan penerimaan segala peristiwa dalam hidup kita. Senyumlah, berterima kasihlah pada Sang Pencipta, utk apapun jenis kehidupan yang dia anugerahkan pada mu....

Tapi sebenarnya kebahagiaan itu terletak pada satu lagi benda baru, yg tak ramai sedari. Kerana pada hakikatnya kebahagiaann itu tergantung pada tanggungjawab.


Lahirnya manusia ke bumi, bersama-samanya lahirlah tanggungjawab.. amanah..tugasan hidup.. Tanggungjawab pada keluarga, tanggungjawab anak kepada ibubapanya, tanggungjawab ayah kepada anaknya.. Dan yang lebih penting, tanggungjawab seorang manusia pada Tuhannya..

Adapun segala harta dunia sepelusuk alam sekalipun tak mampu membahagiakan seorang manusia, jika dia tidak menjalankan tanggungjawabnya.. Bahagiakah orang yang kaya sekaya Qarun jika dia tidak memberi nafkah pada keluarganya? Tidak..


Adapun segala kasihsayang di dunia juga tak memberi kebahagiaan tanpa selesaikan tanggungjawab.. Bahagiakah seorang lelaki yg disayangi semua wanita jelita kira dia tidak disayangi ahli keluarganya? Tidak...
Kerana menyayangi keluarga adalah tanggungjawab sedangkan menyayangi wanita2 tak dikenali tiada disuruh dalam hidup... Itulah hakikatnya apabila manusia mengabaikan tanggungjawabnya.. Tiada tenteram, tak bahagialah hidupnya..

Maka dengan itu, usah abaikan tanggungjawabmu sesama manusia, tanggungjawab kepada keluarga, ibubapa, kawan2, sesungguh dengan orang bukan Islam tidak dikenali sekalipun kita diberi tanggungjawab. Tanggungjawab mempamerkan keindahan Islam kepadanya.. Tanggungjawab memberitahunya kebenaran yang kita yakini.

Adapun jika disebutkan soal tanggungjawab, semestinya tanggungjawab manusia sbg seorang hamba kepada Sang Pencipta lah tanggungjawab paling besar.. Tanggungjawab kita, atau mungkin lebih sesuai jika disebut tugas hidup kita, ialah melakukan ibadah, dan menjadi kalifah(berdakwah amal makruf nahi mungkar). Bahagiakah orang yang punyai semua nikmat dunia tapi tak mengenali Tuhannya? Tidak...


Tetapi seorang ustaz kampung, miskin segala segi nimat keduniaan, mampu pula bahagia. Mereka inilah golongan yang menjumpai kebahagiaan disebalik perjuangan mereka, disebalik dakwah Islamiyyah yang dituntut Islam.. maka beruntunglah orang seperti mereka. Biasanya karakteristik golongan ini ialah mereka hidup bersederhana, sesuai dengan jiwa mereka yang sentiasa merendah diri.. Mereka inilah yang disebut orang yang bersederhana, tetapi menjumpai kebahagiaan dalam kesederhanaan itu.. Kebahagiaan dalam perjuangan, itulah kebahagiaan hakiki, kerana perjuangan tidak habis ditelan zaman seperti nikmat kekayaan, tidak juga berakhir apabila orang kita sayangi pergi meninggalkan kita.. Doalah kita juga mampu mennggapai hidup seperti mereka, amin........


Maka seperti ini, jelaslah kebahagiaan hidup bukan terletaknya pada nikmat duniawi. Tidak pada harta atau cinta. Tidak pada kejayaan mahupun profesion. Tidak pula tersandar pada seseorang.

Kebahagiaan hidup, datangnya pada pelaksanaan tanggungjawab amanah. Maka hari ini, bermulalah hidup utk jalanNya yang lurus. Hidup yang bukan kita bina untuk kekayaan, bukan kita tuju-kan pada nikmat duniawi semata, bukan juga hidup hanya untuk meraih cinta seorang manusia.. Tetapi hiduplah sebuah hidup, yang tak mengabaikan tanggungjawab amanahmu di dunia...


Bahagiakah hidupmu? [Entri 2]



..........Disyorkan anda membaca entri 1 terlebih dahulu.......................................................



Kerana bahagia letaknya bukan pada nikmat duniawi, tetapi pada penerimaan diri sendiri.. Orang miskin mampu berbahagia jika menerima dirinya miskin, tetapi orang kaya raya sepelusuk dunia pon tidak mampu bahagia jika masih merasakan dirinya miskin...

Orang yang gagal buat course "engineering" dan terpaksa balik kampung dan terpaksa pula mewarisi pekerjaan ayahnya sebagai penoreh getah, mampu bahagia jika dia mampu merasakan Dia mencipta destini-nya sebagai penoreh dan bukan engineer, bahawa mungkin ada baiknya dia hanya penoreh, dan bukan engiineer... Mungkin dengan menjadi penoreh Dia sebenarnya mengkosongkn waktu utk dirinya tunduk sbg hamba pada-Nya... Jika itu fikirannya maka dia lah termasuk dalam golongan bahagia, dan beruntunglah dirinya..

Adapun jika orang yang sama gagal course "engineering" dan tidak dapat menerima hakikatnya.. Dirasakan Sang Pencipta tidak berlaku adil padanya.. kerana ada kawan2 nya diberikan kejayaan berbintang-bintang tapi tidak padanya.. Inilah orang yg selalu menyalahi takdir, dan besar sekali hingga hari matinya, dia hanya hidup dalam dunia impian "cita-cita lamanya...."

Katakan pula 2 orang anak kehilangan ibu-bapa dalam kemalangan jalan raya.. sedih, kaget dan mengejutkn.. Seorang anak selama ini rajin belajar siang ke malam, kadang-kadang sampai pagi menjadi kelawar malam... Tapi kerana selama ini usahanya hanya untuk ditunjuk-tunjukkan pada ibu-bapa sahaja, maka dgn kematian dua orang tersebut terus berputus asa lah dia, tiada lagi istilah study dalam hidupnya. Adapun seorang lagi anak, si kanak-kanak nakal. Dah tua besar panjang, tapi hari-hari dihabiskan utk bermain membuang masa, maka dengan kematian ibubapanya, telah sedarkan dia utk belajar serajin-rajinnya demi keluarga. Lihatlah 2 anak ditimpa peristiwa sama, seorang menerima hakikat dgn hati terbuka, maka dia sebenarnya telah menjadi orang lebih baik, dengan kematiaan ibubapanya, sedangkan seorang lagi, daripada kaki study topscorer, terus jatuh merudum menjadi si putus-asa..

Begitulah dalam hidup, kebahagiaan tidak tergantung kekal pada kekayaan atau kejayaan peribadi, juga tidak kasihsayang, jauh sekali tidak terletak pada seorang manusia.

Point 1: kebahagiaan terletak pada penerimaan diri, dan juga penerimaan peristiwa2 hidup dgn hati terbuka, biarlah apa jadinya, teruslah bersyukur pada Tuhan....
Ada lagi point lain......................... (bakal bersambung)

Bahagiakah hidupmu? [entri 1]


Jika ingin tulis tentang kebahagiaan, mungkin teramat susah, kerana kebahagiaan itu berbeza definisinya bagi setiap manusia. Tetapi tak salah kalau aku katakan kebahagiaan itu adalah satu keadaan ketenangan jiwa, berasa selesa pada hidup, dan berterima kasih atas anugerah hidup kepada-Nya. Jika itu yang kamu rasa setiap hari, maka kamulah golongan orang yang berbahagia...

Adapun kebahagiaa ini, kadang-kadang datangnya sendiri, tanpa kita sedar. Tapi selalunya, kebahagiaan perlu dicari. Kebahagiaan diburu manusia, sepanjang hidupnya.. Kerana apa gunanya kaya raya jika hati tak tenteram untuk tidur lena dimalam hari, apa erti cerdik pandai tinggi pencapaian akademik jika tidak mampu merasa bersyukur atas nikmat duniawi itu..

Maka dengan itu, kebahagiaan sentiasa dicari, diburui. Itulah fitrah seorang manusia, mencari kebahagiaan hidupnya. Maka apabila kita mencari, kita tak mampu bertemu kebahagiaan itu, kerana kebahagiaan bukanlah sesuatu yg lahiriah, tak mampu dilihat mata kasar manusia, tak mampu didengar, jauh sekali menghidu kebahagiaan, tak terbaulah ia.. Maka dengan itu, manusia meletakkan satu bayangan pada kebahagiaan..

Ada manusia, dibayangkan kebahagiaan itu datang dalam bentuk harta kekayaan. Baginya, ada harta, bahagialah hidup. Maka difokuskanlah hidupnya semata untuk mencari kekayaan, pagi petang siang malam..

Adapula yang berkeyakinan kebahagiaan dtg padanya berkasih-sayang sesama manusia. Maka kadang-kadang kasihsayang sesama manusia itu ditinggi-tinggikannya, diagungkannya ke awan langit biru. Baginya tanpa cinta manusia, berakhirlah hidup , tiadalah lagi erti pada hidupnya. Orang seperti ini, kadang-kadang terkeluar beritanya di dada2 akbar, seperti sang isteri yang membunuh diri apabila ditinggal suami, seperti sang kekasih tiada lagi keinginan utk hidup apabila ditinggalkan kekasihnya.. Jika ingin disenaraikan deretan peristiwa, mungkin sekali blog ini akan menjadi blog peristiwa-peristiwa hitam sahaja...

Ada juga yang meletakkan kebahagian dgn kejayaan peribadi, maka lahirlah manusia-manusia, yang pada hidupnya dihabiskan untuk satu tujuan sahaja, seperti atlet yang mhabiskan usianya utk sukan kemahirannya, seperti sesetengah pemain bola star-star dunia, hidupnya hanya pada bolasepak, matinya pon sebagai star bolasepak, tiada lebih dari itu yang orang ingati tentangnya.. seperti juga seorang professor yang hidupnya hanya dihabiskan pada lab-labnya, tidak lagi dihiraukan soal-soal lain di dunia, mungkin sekali jika negaranya berperang pun masih lagi terpacaklah dia di dalam labnya..

Inilah masalahnya, apabila kebahagiaan disalah-letakkan. Kerana hakikatnya, kebahagiaan itu tidak bersandar pada sesuatu pon perkara diatas.. Tak perlu kekayaan untuk berbahagia. Jadi jangan risau jika impian besarmu adalah menjadi kaya dan kamu gagal, kerana kamu juga boleh berbahagia tanpa kaya raya. Jika hari ini kamu telahpun mengecapi nikmat kekayaan, bersyukurlah atas itu, tetapi harus sedari bahawa kebahagiaanmu tidak terletak pada nikmat duniawi ini.. Adapun jika kamu dari golongan miskin yang seringkali merasakan Sang Pencipta tidak berlaku adil padamu, berhentilah merasa begitu.. Kerana kamu sebenarnya mampu berbahagia sebagai orang kaya, tapi boleh juga berbahagia sebagai orang miskin.. itulah hebatnya manusia..

Ada pula yang tersilap meletakkan kebahagiaan hidup pada kasihsayangnya sesama manusia. Seperti sang isteri yang percaya suaminya lah punca kebahagiaannya. Itu silap sama sekali, kerana pemberi kebahagiaan adalah Dia, Sang Pencipta. Jika si isteri meyakini begitu, dan suaminya pula dijemput awal oleh-Nya, maka pasti dirasakan dunia ini sudah berakhir, seolah Dia tidak berlaku adil pada kita. Kepada semua yang pernah mengecapi nikmat berkasihsayang.. sayang ibu dan bapa, kawan-kawan, suami-isteri dan sebagainya, bersyukurlah pada anugerah tersebut, tapi harus disedari bahawa mereka bukanlah peng-anugerah kebahagiaan padamu. Kamu mampu berbahagia tanpa mereka, dan kamu juga mampu berbahagia jika mereka dihilangkan darimu.. Usah jadi si-girlfren yang mbunuh diri kerana ditinggalkan boyfrennya, usah jadi sang suami yang membunuh diri kerana ditinggal isterinya, usah jadi mereka yang berputus asa dengan hidup kerana kehilangan ibu-bapa dalam kemalangan jalan raya.. Sesungguh hidup ini mahal harganya, dan Dia tak mencipta kita utk hidup berduka.. Percayalah, bahawa jika hari ini hidupmu bahagia bersama suami/isteri mu atau kawanmu, kamu juga mampu berbahagia pada hilangnya mereka.. jika hari ini harimu bahagia kerana punya ibubapa yang baik, kamu juga masih mampu terus berbahagia jika Dia tarikkan mereka darimu... Kerana kebahagiaan tidak sama sekali letaknya pada seorang manusia..

Dan percayalah, jika hari ini kebahagiaanmu lahir kerana keseronokanmu memenangi kejohanan sukan, atau lahirnya kerana kejayaan akademikmu, kamu juga mampu bahagia jika kamu kalah dalam perlawan sukan itu, atau jika kamu tiada lagi mengukir kejayaan2 akademik itu.. Percayalah bahawa kita mampu berbahagia sbg lead-engineer, mampu pula bahagia sekalipun kita hanya assistant-engineer, malah mampu saja bahagia sebagai seorang petani, atau seorang penoreh...

Kerana kebahagiaan itu, letaknya.....................( akan bersambung)

JAD 3 years [entry2]

Should I have to chose one word to express my three years here, I’m sure the word would be gratitude. To God for the chance to be here, to my parent for their enormous support, I love you Dad and Mum, to all my lecturers, YPM staff and fellow friends, who was always there for me. I learnt a lot here. But most of all, I discovered myself here. I come to know myself, I come to know my weakness, and cherish my strongpoint. I learnt to differentiate what I want and what I need. I learnt, that sometimes things you want to do is so different from what you should do. I learnt when to help a friend, and when to help yourself. I learnt to cherish my own dream, but I learnt too, that sometimes a dream you’re holding on is always important, but there may be something more important than that. For all of that, I am totally grateful . Again, it had been a wonderful three years for me.

//To all my classmates>>Friends, we had come across a tough stage in our life, but there are always a tougher challenges ahead of us. I hope we all be successful one day. I always believe in dream, I hope you all too, because dream give you hope, and hope motivate you to move forward. Plan what you want to do with your life, and hold on to that. But remember too, that reality is not always sweet, and there may be times in your life when you have to do things you should do instead of doing what you want to do. We call it sacrifice, like a mother have to give up her PhD to look after her baby, or a son have to stop working to look after an ill father, or a student have to stop studying to help his country at war, it’s something everybody does, so never get angry over yours, should it really occur to you someday. It doesn’t mean your plan fail, but it means God have a better plan for you. Always be a thankful man. Remember that life itself is a gift from God, and whatever come from it, it will always be a gift.

I see great potential in everyone of you, i hope we all will grow up, and shine the world. Amin.

JAD 3 years, ending soon...

Ada kala waktu bergerak perlahan,seperti kanak-kanak merangkak , ada kala waktu berjalan, bergerak pantas. Jika dikira waktu di Program persediaan aku, mungkin waktu terbang seperti roket. Kerana 3 tahun rasa macam sekelip mata. Petang tadi final exam aku dah habis. 3 tahun persediaan dah hamper tamat, cabaran baru bakal menanti di Jepun kelak, insyaAllah. Dengan izin Allah, 20-21Mac ni aku akan lanjutkan pelajaran di Saitama University. My Lord, make me a strong man..


Saitama University

Friday, December 4, 2009

Pengganaskah mereka? [Entri 2]



Dalam “Pengganaskah mereka [entri 1]” aku lampirkan 1 wawancara terakhir Imam Samudra, tertuduh peletup bom Bali 2002, yang akhirnya digantung mati oleh kerajaan Indonesia..

Entri 2 ini lebih bersifatkan pendapat aku.. Tentang Imam Samudra, Nordin Mat Top, Dr. Azahari….. dan mereka-mereka yang sebelumnya.. Dan mungkin juga, untuk mereka-mereka yang bakal nenyusul nasib yang sama di masa hadapan.. wallahualam…….

Oleh kerana ini sekadar pendapat, aku tak menulis untuk dipercayai, tapi sekadar untuk memberi sudut baru agar rakan semua berfikir..

Fikirlah hal berikut:
1) Jadi anda kenal mereka sbg pengganas..
Dari mana sumber anda kenal mereka? Pastinya dimuka-muka suratkhabar, dan di kaca television.. kan?

Sayang sekali, sumber tersebut telah pon dieksploitasi pihak-pihak tertentu….. Media dunia hari ini dikontrol oleh pihak-pihak tertentu.. Jadi sebenarnya yang anda tahu, bukan apa yang benar-benar terjadi (mungkin) , tetapi apa yang pihak tersebut ingin anda tahu…. Ingin kita semua tahu…..
Jadi??


2) Mampukah kita melawan api dengan api?
Jawapannya mudah, tidak….. Ini kata-kata Imam Samudra, analogi ini digunakan untuk menjawab soalan “mampukah kita melawan kerajaan Kafir menggunakan demokrasi?” Demokrasi ialah cara yang dihalalkan undang-undang dunia hari ini.. tp adakah demokrasi yang dunia praktikkan itu adalah cara yang Islam ajarkan??


3)Orang baik akan dimusuhi jahat, dan sebaliknya..
Juga kata-kata Imam Samudra. Jika perjuangan kita kearah kebaikan, adalah tidak wajar kita tak dimusuhi orang jahat. Logik x kalau orang yang memperjuangkan Islam tetapi digemari oleh orang-orang kafir? Jawapannya mudah, tak…

Orang Islam ramai yang berdakwah, dengan cara sendiri. Ada yang ketuk rumah mengajak rakan ke solat berjemaah, ada yang berpolitik menyeru kerajaan mengamal undang-undang Al-Quran, ada yang mengangkat senjata memperjuangkan penubuhan negara Islam seperti di selatan Thai, ada yang berusaha membaiki peribadi diri agar mencerminkan akhlak Islam… macam-macam. Semuanya dakwah..

Jadi, orang yang dibenci kafir dan dituduh pengganas oleh kafir x semestinya spt itu. Dunia hari ini, kita perlu berfikir apa yang harus dpercayai dan apa yg tidak.


4) Hotel JW Marriot??
Hotel yang dibom.. Bagaimana keadaannya?
Ini fakta, dari seseorang yang pernah pergi ke situ ( Fasilitator BTN aku sbnrnya).. Hotel ini memang teruk, saya setuju hotel tu kena bom, setuju sangat…… katanya( xingat mcmna boleh keluar tajuk ni time BTN ). Hotel ini, memang penuh maksiat..
Hotel JW Marriot milik Yahudi, itu boleh ditoleransikan lagi.. Tapi, hotel ini designnya seperti bulatan, di tengah-tengah bulatan ada taman. Ditaman itu, siang malam boleh tengok aksi seks bebas pelancong-pelancong… pelancong bersama pelancong, pelancong bersama wanita Indon.. Remaja perempuan Indonesia yang bekerja sbg pelacur pon byk.. tempat terbuka, suma orang boleh tengok, xda sapa kacau….. di Indonesia ramai pelacur-pelacur remaja, di kalangan mahasiswa pon ramai sgt.. Ini kata fasi aku..


Lihat sini, kita diberitahu media Hotel JW Marriot dibom.. Bom Bali 200 orang lebih mati.. tapi maklumat seperti ini.. ada didedahkan? Ini bukti…. Dunia hari ini, media-media utama dieksploitasi, kita diberitahu sekadar apa yang kita diinginkan tahu..



5) “Pengganas.. Mereka ini gila.. “
Ini yang biasa kita dengar, biasa disebut orang-orang di kedai-kedai kopi.. Mereka ini dah gila, sebab tu sanggup buat macam tu..


Tapi kalau kita lihat, mereka-mereka ini bijak pandai.. sama sekali tidak gila.. Malah, mereka boleh dikatakan manusia yang bahagia dengan hidupnya. Ambil Imam Samudra sebagai contoh:
a) Manusia cenderung untuk berkasih-sayang. Allahyarham punya isteri tersayang, seorang ustazah. Dikatakan akhir hayatnya, Allahyarham byk menulis surat kepada isteri tersayang dari penjara.

b) Manusia gemarkan penghormatan/penghargaan. Allahyarham seorang imam di kawasannya. Sudah tentu dia dimulia penduduk setempat.

c) Manusia perlukan wang/sumber rezeki. Dikatakan Allahyarham mendapat tarbiyyah di Afghanistan. Untuk seorang lelaki Indonesia ke Afghanistan semestinya perlukan lelaki itu stabil dari segi ekonominya..



Jika dilihat, mereka ini manusia biasa, semestinya bukan seorang yg kecewa dgn hidupnya, ataupun orang yang dahagakan penghormatan dan sbgnya. Mereka ada segalanya, tapi mereka korbankan utk apa yang mereka percaya, itu satu pengorbanan besar utk seorang manusia. Jadi, bukan hak kita utk mengadili perjuangan mereka, utk mengadili mereka pengganas atau pembela……. Kerana akhirnya dalam setiap perlakuan kita, yang penting adalah niat.. Mungkin mereka nampak sesuatu yang kita xpernah nampak..


Kesimpulan:
Judgement anda terhadap mereka, itu terpulang. Artikel ini sekadar ingin membuka minda.. To give you another point of view, tu ja… Jika apa yang mereka buat itu benar satu perjuangan, doakanlah perjuangan itu disambung oleh manusia-manusia lainnya. Jika mereka telah tersasar, doakanlah tiada lagi saudara kita yg akan berakhir spt mereka… 1 pengajaran disini, siapalah kita untuk menggelar mereka pengganas, biarlah yang mengadili hanya Allah s.w.t …………… Amin..

Tuesday, November 17, 2009

Pancing Kura-Kura Di Ulu Yam......




8 Nov 2009..

Aku ngn Masri balik umah Fitri di Ulu Yam..
Fitri dgn yakinnya membongkak-bongkakkan diri dgn kehebatan Ulu Yam dalam hal pancing2 ni, so aku pon bawa la khemah mini aku g skali......

N then ari sabtu tengahari terus gerak gi pancing..

Spot:
byk spot pancing di Ulu Yam, bg kaki pancing sila2 la ke mari..
- empangan besar: free.. patin, tongsan suma ada, tp ramai orang, so kna compete.. not for beginner kot

-ada kolam pancing berbayar, fee gua xtaw...
-ada byk lombong tinggal, tilapia ngn haruan banyak... toman pon ada.. fee: free
-angler shop pon ada: katak sekor 30sen kot.. so just bring urself..

mesti pelik napa tajuk ni pancing kura2?? cos sbnrnya hasil kami adalah: aku: kosong (ummm... hujan2 haruan xde kot...) masri:kosong( masri: aku ikot ang bro, ang kosong xkan aku nk dapat kot.. haha) fitri:kosong ikan, seekor kura2.... (haha, tahniah bro......)

maybe ari tu hujan ikan xnk sengat kot... :)

Pasni sapa minat pancing, kita g Puncak Perdana plak!

Sunday, November 8, 2009

Pengganaskah mereka? [Entri 1]



Pengganaskah Imam Samudra, Nordin Mat Top, Dr.Azahari??

Aku amat berminat dgn topik ini, kerana topik ini byk misteri, banyak fakta yg tidak kita ketahui.. Dan aku rasa tidak patut kita menghukum mereka, dengan menuduh mereka pengganas dan sebagainya.. Kerana pokoknya, banyak fakta yg kita tak tahu menahu tentang isu ini, malah apa kita tahu ialah apa yang terpapar di dalam akbar, iaitu apa yang pihak-pihak tertentu ingin kita tahu . Jadi, pikir-pikirkanlah..

Utk entri pertama aku tentang topik ini, aku sertai secebis artikel dari media Indonesia yang bersifat neutral. Artikel ini sebenarnya interview terakhir Imam Samudra sebelum beliau digantung oleh kerajaan Indonesia.

________________________________________________________________________________________

Jum'at, 10 September 2004 | 20:24 WIB
Di Penjara Kerobokan, Denpasar, Bali, sebuah sosok bernama Imam Samudra menjemput kematian seperti sebuah anugerah. Lelaki berusia 33 tahun itu berkata, ”Allah telah mencabut semua keraguan dan ketakutan dari hati saya.” Kecuali tubuhnya yang kian ramping, janggutnya yang panjang, kulitnya yang semakin bersih, dan sorot matanya yang dingin, tak ada yang berubah dari Imam Samudra sejak dia tertangkap beberapa bulan silam.

Di penjara yang jaraknya sekitar seribu kilometer dari kampung halamannya, Serang, Jawa Barat, itu dia mengaku rajin menulis surat untuk sang istri dan empat anaknya. ”Saya membuat sejumlah wasiat untuk mereka.”
Dengan ganjaran hukuman mati dari majelis hakim Pengadilan Negeri Denpasar, Imam Samudra, yang dianggap sebagai arsitek aksi bom Bali, kini menghitung hari sembari menulis sebuah buku memoar.

Tampaknya, Imam Samudra alias Abdul Aziz siap menerima risiko dari jalan kekerasan yang dipilihnya. ”Ini hukum penguasa kafir, harus terus dilawan,” ujarnya dingin. Dia bahkan menyebut vonis mati atas dirinya justru sia-sia. Perjuangan kelompoknya, kata dia, akan terus maju. ”Ini cuma setitik debu bagi para mujahid yang sedang berjuang di luar,” ujarnya. Lalu kapan aksi mereka akan berakhir? Berikut ini petikan wawancara TEMPO dengan bekas mahasiswa kimia di Institut Teknologi Malaya itu.

Mengapa Anda memilih jalan perjuangan seperti sekarang ini?

Awalnya saya membaca buku Allah Turun di Afganistan. Isinya tentang para syuhada di Afganistan. Ada yang digilas tank, tapi tak mati, mungkin karena memang belum waktunya. Ada juga kisah dari makam para syuhada, setiap Senin dan Kamis, terdengar orang bertakbir. Atau soal pasukan mujahidin yang terkurung di satu bukit, tanpa makanan sama sekali. Tiba-tiba, ada helikopter yang menerjunkan makanan bagi tentara Rusia, yang juga terkurung di bagian bukit yang lain. Tapi, dengan takdir Allah, justru makanan itu jatuh di tempat mujahidin.

Kisah seperti itu yang membuat saya tertarik. Banyak riwayat, tentunya yang shahih, fadhilah, atau keutamaan para syuhada. Dikatakan, begitu darah pertama tertumpah ke bumi, segala dosanya diampunkan. Belum lagi jasadnya jatuh, sudah disambut oleh bidadari, yang wanginya itu melebihi dunia dengan segala isinya. Sesaat sebelum dia terluka, telah ditentukan tempatnya di surga. Makanya, dengan keyakinan itu, orang saya itu tak pernah mundur.

Kapan Anda membaca buku itu?

Saya membaca buku itu sewaktu duduk di kelas 2 SMP. Saya dapat dari sepupu saya, yang juga syahid di Afganistan. Namanya Ahmad Sobari. Saya pun tertarik untuk ke Afganistan. Doa saya terkabul. Saya ke Afganistan pada 1990.

Apa yang Anda dapatkan di sana?

Fikrah. Di sana, saya mendapat banyak perubahan cara berpikir. Dulu, saya sangat senang dengan ajaran Syiah, Mu’tazilah, dan lain-lain yang menggunakan logika sebagai dasar. Dulu, sekalipun hadis itu sahih, jika bertentangan dengan logika, akan saya tolak.

Itu sebelum ke Afganistan?

Ya, sebelum ke Afganistan. Saya bahkan masih mengagumi Amien Rais (mantan Ketua Umum Pengurus Pusat Muhammadiyah—Red.) dan lain sebagainya itu. Setelah saya mengerti, itu semua saya masukkan ke tong sampah sekarang.

Pengalaman apa yang paling membekas?

Saya bertemu dengan orang yang paling dibenci oleh Amerika Serikat, seperti Syekh Abdurrasul Sayyaf (salah satu panglima mujahidin di Afganistan). Walau paling dibenci Amerika, dia adalah orang nomor wahid di Afganistan. Saya terkesima, tapi bukan tersihir. Saya banyak mendapat kebenaran dari dia. Selain itu, banyak juga kawan yang berasal dari Arab. Mereka mengarahkan saya kepada fikrah yang sebenarnya.

Pikiran baru itu langsung Anda terima?

Sebenarnya waktu itu masih ada clash, benturan, di batin saya. Misalnya, waktu itu, saya masih menganggap fikrah (pikiran) jihad itu adalah dakwah. Jadi, ada konflik berat. Tapi, waktu itu, saya membaca sebuah hadis, dan ini juga hadis sahih, bahwa yang terberat itulah yang terbenar. Dan itu pasti dibenci oleh orang-orang kafir. Jadi, saya mulai masuk ke dalam mazhab salafus sholeh (mazhab yang berupaya memurnikan kembali ajaran Quran dan hadis, salah satunya dengan cara mengikuti cara hidup Nabi Muhammad—Red.).

Di Afganistan, Anda juga latihan militer?

Secara fisik, katakanlah, memang ada proses militerisasi. Dalam arti dengan jalan Islami, tidak bercampur dengan teori-teori kafir yang lazimnya boleh langsung tampar jika ada yang salah, atau ditelanjangi. Kami tak seperti itu. Jadi, betul-betul dengan metode on to the heart, masuk ke dalam hati betul. Yang salah paling disuruh baca Al-Quran atau baca hadis, atau hukumannya hanya push up dan lari. Kelihatannya itu memang sepele, tapi itu bisa menyentuh hati.

Kalau jadwal latihan harian?

Tergantung kondisi. Kalau lagi perang, latihan kan tak bisa. Situasional sekali. Tapi kita selalu waspada, alert. Itu wajib.

Pasti Anda punya pengalaman bertempur juga.

Ada. Tapi saya khawatir membatalkan amal saya, jadi tak usah diceritakan.

Berapa lama di Afganistan?

Intensifnya berpindah-pindah. Saya berada di sana selama tiga tahun.

Lalu mengapa sekarang berjuang dengan aksi teror bom?

(Sebutan teror bom) itu propaganda orang kafir. Mereka paling tahu cara membungkam Islam. Memang, dalam perang seperti itu, selalu ada propaganda melemahkan lawan. Kita sampai menyebut hal itu teroris karena ayat dalam Al-Quran yang berbunyi ”sampai mereka merasa takut” diterjemahkan Al-Quran versi Inggris oleh Yusuf Ali sebagai to terrorized, bukan to be afraid. Siapa yang harus dibuat takut? Tak lain musuh Allah, musuh Islam.

Tampaknya Anda sangat terpengaruh dengan konflik di Afganistan dan juga mungkin di Palestina. Apakah Anda akan berhenti kalau konflik itu selesai?

Saya menjawab ini dengan mengutip firman Allah Swt., ”Dan perangilah mereka sampai tak ada fitnah.” Hanya ada satu jalan, yaitu jihad. Ada tafsir dari Ibnu Katsir soal fitnah itu. Pertama, kemusyrikan. Kedua, tidak menegakkan hukum Allah. Jadi, untuk mengeliminasi fitnah itu, hanya ada satu cara, dengan jihad. Bukan lewat pemilihan umum, bukan dengan demokrasi. Itu konsep Barat dan yang sekarang menjadi dien atau agama baru. Lalu banyak umat Islam sekarang yang pengecut. Mereka menyembunyikan hadis sahih. Dalam satu hadis yang diriwayatkan Bukhari-Muslim disebutkan, ”Aku diutus oleh Allah menjelang hari kiamat dengan membawa pedang.” Itu hadis sahih.

Seandainya persoalan umat Islam lebih mendapat perhatian, apakah akan terus menjalankan jihad?
Bukan soal perhatian atau simpati. Kami hanya menjalankan kewajiban syar’i, kewajiban syariat, hanya dengan satu jalan: jihad fisabilillah.
Tapi aksi teror bom itu kan tidak populer?
Ya, memang seperti itu. Saya beri contoh, ada satu pendakwah Islam yang sangat populer sekarang dan disukai oleh semua agama. Saya tertawa. Itu something wrong. Coba kita lihat Muhammad sebelum mendapatkan kenabiannya. Semua orang suka kepadanya dan dia dijuluki ”Al-Amin”. Dari kaum Quraisy sampai Yahudi pun suka dengan dia. Tapi, begitu risalah kenabian datang, namanya berubah menjadi ”Al-Majnun”. Dibilang orang gila, dibilang tukang sihir, memecah belah persatuan. Jadi, memang seperti itu. Pasti dicela dan dimaki. Seperti firman Allah Swt., ”Dia mengutus kamu Muhammad dengan hidayah, untuk dimenangkan, walaupun orang kafir membenci.” Jadi, kebencian itu adalah satu konstanta. Jadi, kalau tak dibenci orang kafir, ya, artinya belum sampai ke tahap itu.
Ganjaran aksi terorisme adalah hukuman mati....
Hukuman mati tak akan menyelesaikan persoalan. Ini cuma setitik debu bagi para mujahid yang masih berjuang di luar. Saya jamin, persoalannya tak akan selesai. Demi Allah, tak akan selesai.
Anda sama sekali tak takut ancaman mati itu?
Alhamdulillah, Allah telah mencabut semua keraguan dan ketakutan di hati saya.

Thursday, November 5, 2009

Life is a gift..




In our life, there'll be both good times and bad times. Good times is okay, enjoy!
But when in our bad time, we’ll thinks we're being unlucky.. I thinks it’s bad, to think ourselves as unlucky. After all, life is a gift from God, so whatever ever come from it, will always be a gift .

It’s like a friend gave you a beautiful knife for a birthday and you like it a lot, and then one day you use that knife, and by mistake, you cut yourself. Should you blame your friend for his present?

So cheer up, everyday and days that will come by…

salam perkenalan..

assalamualaikum..

hi everyone, a newbie here. Its been so long i never wrote anything, a blog will be a nice thing to do..
dont think i'll update often tho, but i'll update anything i feel worth to be read..
i'll write anything come to my mind, so this blog dont have any specific topic..

u'll welcome to comment anything here..


yoroshiku onegaishimasu..