Maka dalam Entri 2 aku katakan kebahagiaan perlunya penerimaan. Penerimaan diri sendiri, dan penerimaan segala peristiwa dalam hidup kita. Senyumlah, berterima kasihlah pada Sang Pencipta, utk apapun jenis kehidupan yang dia anugerahkan pada mu....
Tapi sebenarnya kebahagiaan itu terletak pada satu lagi benda baru, yg tak ramai sedari. Kerana pada hakikatnya kebahagiaann itu tergantung pada tanggungjawab.
Lahirnya manusia ke bumi, bersama-samanya lahirlah tanggungjawab.. amanah..tugasan hidup.. Tanggungjawab pada keluarga, tanggungjawab anak kepada ibubapanya, tanggungjawab ayah kepada anaknya.. Dan yang lebih penting, tanggungjawab seorang manusia pada Tuhannya..
Adapun segala harta dunia sepelusuk alam sekalipun tak mampu membahagiakan seorang manusia, jika dia tidak menjalankan tanggungjawabnya.. Bahagiakah orang yang kaya sekaya Qarun jika dia tidak memberi nafkah pada keluarganya? Tidak..
Adapun segala kasihsayang di dunia juga tak memberi kebahagiaan tanpa selesaikan tanggungjawab.. Bahagiakah seorang lelaki yg disayangi semua wanita jelita kira dia tidak disayangi ahli keluarganya? Tidak...
Kerana menyayangi keluarga adalah tanggungjawab sedangkan menyayangi wanita2 tak dikenali tiada disuruh dalam hidup... Itulah hakikatnya apabila manusia mengabaikan tanggungjawabnya.. Tiada tenteram, tak bahagialah hidupnya..
Maka dengan itu, usah abaikan tanggungjawabmu sesama manusia, tanggungjawab kepada keluarga, ibubapa, kawan2, sesungguh dengan orang bukan Islam tidak dikenali sekalipun kita diberi tanggungjawab. Tanggungjawab mempamerkan keindahan Islam kepadanya.. Tanggungjawab memberitahunya kebenaran yang kita yakini.
Adapun jika disebutkan soal tanggungjawab, semestinya tanggungjawab manusia sbg seorang hamba kepada Sang Pencipta lah tanggungjawab paling besar.. Tanggungjawab kita, atau mungkin lebih sesuai jika disebut tugas hidup kita, ialah melakukan ibadah, dan menjadi kalifah(berdakwah amal makruf nahi mungkar). Bahagiakah orang yang punyai semua nikmat dunia tapi tak mengenali Tuhannya? Tidak...
Tetapi seorang ustaz kampung, miskin segala segi nimat keduniaan, mampu pula bahagia. Mereka inilah golongan yang menjumpai kebahagiaan disebalik perjuangan mereka, disebalik dakwah Islamiyyah yang dituntut Islam.. maka beruntunglah orang seperti mereka. Biasanya karakteristik golongan ini ialah mereka hidup bersederhana, sesuai dengan jiwa mereka yang sentiasa merendah diri.. Mereka inilah yang disebut orang yang bersederhana, tetapi menjumpai kebahagiaan dalam kesederhanaan itu.. Kebahagiaan dalam perjuangan, itulah kebahagiaan hakiki, kerana perjuangan tidak habis ditelan zaman seperti nikmat kekayaan, tidak juga berakhir apabila orang kita sayangi pergi meninggalkan kita.. Doalah kita juga mampu mennggapai hidup seperti mereka, amin........
Maka seperti ini, jelaslah kebahagiaan hidup bukan terletaknya pada nikmat duniawi. Tidak pada harta atau cinta. Tidak pada kejayaan mahupun profesion. Tidak pula tersandar pada seseorang.
Kebahagiaan hidup, datangnya pada pelaksanaan tanggungjawab amanah. Maka hari ini, bermulalah hidup utk jalanNya yang lurus. Hidup yang bukan kita bina untuk kekayaan, bukan kita tuju-kan pada nikmat duniawi semata, bukan juga hidup hanya untuk meraih cinta seorang manusia.. Tetapi hiduplah sebuah hidup, yang tak mengabaikan tanggungjawab amanahmu di dunia...
No comments:
Post a Comment