Sunday, February 21, 2010

Bahagiakah hidupmu? [Entri 2]



..........Disyorkan anda membaca entri 1 terlebih dahulu.......................................................



Kerana bahagia letaknya bukan pada nikmat duniawi, tetapi pada penerimaan diri sendiri.. Orang miskin mampu berbahagia jika menerima dirinya miskin, tetapi orang kaya raya sepelusuk dunia pon tidak mampu bahagia jika masih merasakan dirinya miskin...

Orang yang gagal buat course "engineering" dan terpaksa balik kampung dan terpaksa pula mewarisi pekerjaan ayahnya sebagai penoreh getah, mampu bahagia jika dia mampu merasakan Dia mencipta destini-nya sebagai penoreh dan bukan engineer, bahawa mungkin ada baiknya dia hanya penoreh, dan bukan engiineer... Mungkin dengan menjadi penoreh Dia sebenarnya mengkosongkn waktu utk dirinya tunduk sbg hamba pada-Nya... Jika itu fikirannya maka dia lah termasuk dalam golongan bahagia, dan beruntunglah dirinya..

Adapun jika orang yang sama gagal course "engineering" dan tidak dapat menerima hakikatnya.. Dirasakan Sang Pencipta tidak berlaku adil padanya.. kerana ada kawan2 nya diberikan kejayaan berbintang-bintang tapi tidak padanya.. Inilah orang yg selalu menyalahi takdir, dan besar sekali hingga hari matinya, dia hanya hidup dalam dunia impian "cita-cita lamanya...."

Katakan pula 2 orang anak kehilangan ibu-bapa dalam kemalangan jalan raya.. sedih, kaget dan mengejutkn.. Seorang anak selama ini rajin belajar siang ke malam, kadang-kadang sampai pagi menjadi kelawar malam... Tapi kerana selama ini usahanya hanya untuk ditunjuk-tunjukkan pada ibu-bapa sahaja, maka dgn kematian dua orang tersebut terus berputus asa lah dia, tiada lagi istilah study dalam hidupnya. Adapun seorang lagi anak, si kanak-kanak nakal. Dah tua besar panjang, tapi hari-hari dihabiskan utk bermain membuang masa, maka dengan kematian ibubapanya, telah sedarkan dia utk belajar serajin-rajinnya demi keluarga. Lihatlah 2 anak ditimpa peristiwa sama, seorang menerima hakikat dgn hati terbuka, maka dia sebenarnya telah menjadi orang lebih baik, dengan kematiaan ibubapanya, sedangkan seorang lagi, daripada kaki study topscorer, terus jatuh merudum menjadi si putus-asa..

Begitulah dalam hidup, kebahagiaan tidak tergantung kekal pada kekayaan atau kejayaan peribadi, juga tidak kasihsayang, jauh sekali tidak terletak pada seorang manusia.

Point 1: kebahagiaan terletak pada penerimaan diri, dan juga penerimaan peristiwa2 hidup dgn hati terbuka, biarlah apa jadinya, teruslah bersyukur pada Tuhan....
Ada lagi point lain......................... (bakal bersambung)

No comments:

Post a Comment