Sunday, February 21, 2010

Bahagiakah hidupmu? [entri 1]


Jika ingin tulis tentang kebahagiaan, mungkin teramat susah, kerana kebahagiaan itu berbeza definisinya bagi setiap manusia. Tetapi tak salah kalau aku katakan kebahagiaan itu adalah satu keadaan ketenangan jiwa, berasa selesa pada hidup, dan berterima kasih atas anugerah hidup kepada-Nya. Jika itu yang kamu rasa setiap hari, maka kamulah golongan orang yang berbahagia...

Adapun kebahagiaa ini, kadang-kadang datangnya sendiri, tanpa kita sedar. Tapi selalunya, kebahagiaan perlu dicari. Kebahagiaan diburu manusia, sepanjang hidupnya.. Kerana apa gunanya kaya raya jika hati tak tenteram untuk tidur lena dimalam hari, apa erti cerdik pandai tinggi pencapaian akademik jika tidak mampu merasa bersyukur atas nikmat duniawi itu..

Maka dengan itu, kebahagiaan sentiasa dicari, diburui. Itulah fitrah seorang manusia, mencari kebahagiaan hidupnya. Maka apabila kita mencari, kita tak mampu bertemu kebahagiaan itu, kerana kebahagiaan bukanlah sesuatu yg lahiriah, tak mampu dilihat mata kasar manusia, tak mampu didengar, jauh sekali menghidu kebahagiaan, tak terbaulah ia.. Maka dengan itu, manusia meletakkan satu bayangan pada kebahagiaan..

Ada manusia, dibayangkan kebahagiaan itu datang dalam bentuk harta kekayaan. Baginya, ada harta, bahagialah hidup. Maka difokuskanlah hidupnya semata untuk mencari kekayaan, pagi petang siang malam..

Adapula yang berkeyakinan kebahagiaan dtg padanya berkasih-sayang sesama manusia. Maka kadang-kadang kasihsayang sesama manusia itu ditinggi-tinggikannya, diagungkannya ke awan langit biru. Baginya tanpa cinta manusia, berakhirlah hidup , tiadalah lagi erti pada hidupnya. Orang seperti ini, kadang-kadang terkeluar beritanya di dada2 akbar, seperti sang isteri yang membunuh diri apabila ditinggal suami, seperti sang kekasih tiada lagi keinginan utk hidup apabila ditinggalkan kekasihnya.. Jika ingin disenaraikan deretan peristiwa, mungkin sekali blog ini akan menjadi blog peristiwa-peristiwa hitam sahaja...

Ada juga yang meletakkan kebahagian dgn kejayaan peribadi, maka lahirlah manusia-manusia, yang pada hidupnya dihabiskan untuk satu tujuan sahaja, seperti atlet yang mhabiskan usianya utk sukan kemahirannya, seperti sesetengah pemain bola star-star dunia, hidupnya hanya pada bolasepak, matinya pon sebagai star bolasepak, tiada lebih dari itu yang orang ingati tentangnya.. seperti juga seorang professor yang hidupnya hanya dihabiskan pada lab-labnya, tidak lagi dihiraukan soal-soal lain di dunia, mungkin sekali jika negaranya berperang pun masih lagi terpacaklah dia di dalam labnya..

Inilah masalahnya, apabila kebahagiaan disalah-letakkan. Kerana hakikatnya, kebahagiaan itu tidak bersandar pada sesuatu pon perkara diatas.. Tak perlu kekayaan untuk berbahagia. Jadi jangan risau jika impian besarmu adalah menjadi kaya dan kamu gagal, kerana kamu juga boleh berbahagia tanpa kaya raya. Jika hari ini kamu telahpun mengecapi nikmat kekayaan, bersyukurlah atas itu, tetapi harus sedari bahawa kebahagiaanmu tidak terletak pada nikmat duniawi ini.. Adapun jika kamu dari golongan miskin yang seringkali merasakan Sang Pencipta tidak berlaku adil padamu, berhentilah merasa begitu.. Kerana kamu sebenarnya mampu berbahagia sebagai orang kaya, tapi boleh juga berbahagia sebagai orang miskin.. itulah hebatnya manusia..

Ada pula yang tersilap meletakkan kebahagiaan hidup pada kasihsayangnya sesama manusia. Seperti sang isteri yang percaya suaminya lah punca kebahagiaannya. Itu silap sama sekali, kerana pemberi kebahagiaan adalah Dia, Sang Pencipta. Jika si isteri meyakini begitu, dan suaminya pula dijemput awal oleh-Nya, maka pasti dirasakan dunia ini sudah berakhir, seolah Dia tidak berlaku adil pada kita. Kepada semua yang pernah mengecapi nikmat berkasihsayang.. sayang ibu dan bapa, kawan-kawan, suami-isteri dan sebagainya, bersyukurlah pada anugerah tersebut, tapi harus disedari bahawa mereka bukanlah peng-anugerah kebahagiaan padamu. Kamu mampu berbahagia tanpa mereka, dan kamu juga mampu berbahagia jika mereka dihilangkan darimu.. Usah jadi si-girlfren yang mbunuh diri kerana ditinggalkan boyfrennya, usah jadi sang suami yang membunuh diri kerana ditinggal isterinya, usah jadi mereka yang berputus asa dengan hidup kerana kehilangan ibu-bapa dalam kemalangan jalan raya.. Sesungguh hidup ini mahal harganya, dan Dia tak mencipta kita utk hidup berduka.. Percayalah, bahawa jika hari ini hidupmu bahagia bersama suami/isteri mu atau kawanmu, kamu juga mampu berbahagia pada hilangnya mereka.. jika hari ini harimu bahagia kerana punya ibubapa yang baik, kamu juga masih mampu terus berbahagia jika Dia tarikkan mereka darimu... Kerana kebahagiaan tidak sama sekali letaknya pada seorang manusia..

Dan percayalah, jika hari ini kebahagiaanmu lahir kerana keseronokanmu memenangi kejohanan sukan, atau lahirnya kerana kejayaan akademikmu, kamu juga mampu bahagia jika kamu kalah dalam perlawan sukan itu, atau jika kamu tiada lagi mengukir kejayaan2 akademik itu.. Percayalah bahawa kita mampu berbahagia sbg lead-engineer, mampu pula bahagia sekalipun kita hanya assistant-engineer, malah mampu saja bahagia sebagai seorang petani, atau seorang penoreh...

Kerana kebahagiaan itu, letaknya.....................( akan bersambung)

No comments:

Post a Comment