Friday, December 10, 2010


kanak2 palestin.

kita sering kali berasa bertuah berbanding mereka.
kita, yg telah dinikmati nikmat keamanan.
mereka, yg bakal dinikmati nikmat syahid di jalan-Nya.


siapakah yg lebih bertuah?

Thursday, December 9, 2010


How do u live, when u are afraid of dying?

Saturday, August 28, 2010

Cerita Kecik-Kecik..




Cita zaman kecik-kecik. Kanak-kanak.

Ayah & Abg Ali


Ummmm, apa kamu semua nak jadi time kecik huh?

Aku? Fikir balik macam-macam gak la aku nak jadi. Askar, polis, driver ambulan, driver lori sampah pon aku pernah minat gak, pastu kena marah ngn mak, haha..........

Tapi aku ada sikit pelik time aku kecik-kecik dulu. Time tu aku dah minat extreme sport ni. Tengok paper orang snowboard, surfing, skateboard, motoGP, motocross, orang men payung terjun...... suma aku minat.
Suma aku nak jadi. Banyak oo cita-cita aku, susah sebenarnya nak jadi aku ni, hahaha....

Tapi yang tu xpenting pon. Setiap budak-budak ada conflik identiti. Suma orang.

Tapi aku igt ada satu hari tu, time aku sekolah rendah kot..

Stapler ayah rosak. Musim tanda kertas exam, kira stapler tu sgt dperlukan la. Spring dia rosak. Aku amek getah gelang tu. Potong, pastu aku ikat. Ganti spring tu. Berjaya. Tapi simple trick ja, suma orang bleh buat, kn?
Sejak hari tu, ayah selalu cita kat orang, sedara-mara aku suma, kawan-kawan dia..
Aku ada bakat jadi ''engineer".
Sebab aku ''pandai repair barang"..

Semua orang ayah cita, aku rasa aku xterrer pon, tapi aku pon ''ter-percaya'' ngn ayah aku.
Aku ada bakat jadi engineer. Konfiden tu penting. Manusia perlu confident utk berjaya.
Psychologist cakap: Your plan have to succeed on your mind, before it could succeed on real life''

Next time aku tau, sinilah aku. Kt Jepun, study mekanikal engineering.

Kalau bukan sebab pujian tu, susah gak kot aku nk fikirkan cita-cita ni.

Tu ja aku nak share:
Nanti kalau kita jadi ayah, konfidenlah dengan anak sendiri. Guide your son, he need that :)
If your son is special, be proud and cherish it. If your son is not so special. Well, u can make him special.
If your son is not special at all. Well, coz his father is not special at all too. :p Everyone need to feel special, to start their journey to be special.

Friday, August 27, 2010

Why Saidai?


1st of all Saidai stand for 埼玉大学(Saitama Daigaku) - Saitama University....



Satu musim persekolahan sudah tamat, satu sem dah pun habis.
Sem yg penuh dengan cabaran gak la.. Sekarang tengah summer holiday(nama glamor utk cuti sem ^^ )..


Kadang-kadang aku terfikir balik kenapa aku buat pilihan utk datang university ni..
Ummm, ada part yg macam aku bayangkn sebelum fly, ada gak yg ''lain sikit dari apa yg aku bayangkan''......


Time pilih university ari tu, xda orang pon dlm batch aku yg nk masuk Saidai, absolutely ZERO. Pastu Suwa Sensei mula pujuk-pujuk aku..
Dalam tu la dah sedar, kalau aku buat pilihan untuk ke Saidai, aku akan pergi sorang-sorang. SORANG-SORANG..


Sorang-sorang. Ramai orang takut. Aku pon takut gak. Risau. Aku pon risau gak.


Tapi.. fikirkan balik sekarang. Itulah sebab paling kukuh aku ke Saidai...
17 tahun aku membesar di rumah. Sekolah harian. Di bawah ayah dan mak. Pastu 3 tahun aku kat JAD. Bersama kawan-kawan. Honestly aku banyak gak la bergantung ngn kawan-kawan. Sebab tu aku buat keputusan ke Saidai, yup, sorang-sorang.


Sebab aku nk belajar berdikari.


I wannna grow up, I wanna be strong. I want to know myself. I want to know why I live.

Cuba bayangkn berapa orang Tuhan tarik nyawanya setiap hari. Di Palestin, Iraq, Afghanistan. Di Malaysia, di sebalik kemalangan jalan-raya di Malaysia. Tapi kenapa mereka, kenapa bukan aku dan kamu? Kerana disebalik hidup, semestinya ada tujuan kita hidup....

Monday, July 19, 2010

Setelah sekian lama x update..

salam..

dah lama x update blog ni.. kali last update sebelum fly..
esok genap 4 bulan aku kat jepun, so maknanya da 4 bulan tu la x update blog..
nk ceritakan sal hidup baru di jepun, byk sgt xlarat nk cerita..
nt rajin2 aku update la len, haha....

by the way 1st sem da nak abes, minggu depan start exam..
please pray for me..

p/s: I wonder, what part the Lord have for me? Are you there wondering the same too?

Sunday, February 21, 2010

Bahagiakah Hidupmu? [Entri 3]

.....sgt dinasihatkn anda membaca Entri 1 terlebih dahulu............


Maka dalam Entri 2 aku katakan kebahagiaan perlunya penerimaan. Penerimaan diri sendiri, dan penerimaan segala peristiwa dalam hidup kita. Senyumlah, berterima kasihlah pada Sang Pencipta, utk apapun jenis kehidupan yang dia anugerahkan pada mu....

Tapi sebenarnya kebahagiaan itu terletak pada satu lagi benda baru, yg tak ramai sedari. Kerana pada hakikatnya kebahagiaann itu tergantung pada tanggungjawab.


Lahirnya manusia ke bumi, bersama-samanya lahirlah tanggungjawab.. amanah..tugasan hidup.. Tanggungjawab pada keluarga, tanggungjawab anak kepada ibubapanya, tanggungjawab ayah kepada anaknya.. Dan yang lebih penting, tanggungjawab seorang manusia pada Tuhannya..

Adapun segala harta dunia sepelusuk alam sekalipun tak mampu membahagiakan seorang manusia, jika dia tidak menjalankan tanggungjawabnya.. Bahagiakah orang yang kaya sekaya Qarun jika dia tidak memberi nafkah pada keluarganya? Tidak..


Adapun segala kasihsayang di dunia juga tak memberi kebahagiaan tanpa selesaikan tanggungjawab.. Bahagiakah seorang lelaki yg disayangi semua wanita jelita kira dia tidak disayangi ahli keluarganya? Tidak...
Kerana menyayangi keluarga adalah tanggungjawab sedangkan menyayangi wanita2 tak dikenali tiada disuruh dalam hidup... Itulah hakikatnya apabila manusia mengabaikan tanggungjawabnya.. Tiada tenteram, tak bahagialah hidupnya..

Maka dengan itu, usah abaikan tanggungjawabmu sesama manusia, tanggungjawab kepada keluarga, ibubapa, kawan2, sesungguh dengan orang bukan Islam tidak dikenali sekalipun kita diberi tanggungjawab. Tanggungjawab mempamerkan keindahan Islam kepadanya.. Tanggungjawab memberitahunya kebenaran yang kita yakini.

Adapun jika disebutkan soal tanggungjawab, semestinya tanggungjawab manusia sbg seorang hamba kepada Sang Pencipta lah tanggungjawab paling besar.. Tanggungjawab kita, atau mungkin lebih sesuai jika disebut tugas hidup kita, ialah melakukan ibadah, dan menjadi kalifah(berdakwah amal makruf nahi mungkar). Bahagiakah orang yang punyai semua nikmat dunia tapi tak mengenali Tuhannya? Tidak...


Tetapi seorang ustaz kampung, miskin segala segi nimat keduniaan, mampu pula bahagia. Mereka inilah golongan yang menjumpai kebahagiaan disebalik perjuangan mereka, disebalik dakwah Islamiyyah yang dituntut Islam.. maka beruntunglah orang seperti mereka. Biasanya karakteristik golongan ini ialah mereka hidup bersederhana, sesuai dengan jiwa mereka yang sentiasa merendah diri.. Mereka inilah yang disebut orang yang bersederhana, tetapi menjumpai kebahagiaan dalam kesederhanaan itu.. Kebahagiaan dalam perjuangan, itulah kebahagiaan hakiki, kerana perjuangan tidak habis ditelan zaman seperti nikmat kekayaan, tidak juga berakhir apabila orang kita sayangi pergi meninggalkan kita.. Doalah kita juga mampu mennggapai hidup seperti mereka, amin........


Maka seperti ini, jelaslah kebahagiaan hidup bukan terletaknya pada nikmat duniawi. Tidak pada harta atau cinta. Tidak pada kejayaan mahupun profesion. Tidak pula tersandar pada seseorang.

Kebahagiaan hidup, datangnya pada pelaksanaan tanggungjawab amanah. Maka hari ini, bermulalah hidup utk jalanNya yang lurus. Hidup yang bukan kita bina untuk kekayaan, bukan kita tuju-kan pada nikmat duniawi semata, bukan juga hidup hanya untuk meraih cinta seorang manusia.. Tetapi hiduplah sebuah hidup, yang tak mengabaikan tanggungjawab amanahmu di dunia...


Bahagiakah hidupmu? [Entri 2]



..........Disyorkan anda membaca entri 1 terlebih dahulu.......................................................



Kerana bahagia letaknya bukan pada nikmat duniawi, tetapi pada penerimaan diri sendiri.. Orang miskin mampu berbahagia jika menerima dirinya miskin, tetapi orang kaya raya sepelusuk dunia pon tidak mampu bahagia jika masih merasakan dirinya miskin...

Orang yang gagal buat course "engineering" dan terpaksa balik kampung dan terpaksa pula mewarisi pekerjaan ayahnya sebagai penoreh getah, mampu bahagia jika dia mampu merasakan Dia mencipta destini-nya sebagai penoreh dan bukan engineer, bahawa mungkin ada baiknya dia hanya penoreh, dan bukan engiineer... Mungkin dengan menjadi penoreh Dia sebenarnya mengkosongkn waktu utk dirinya tunduk sbg hamba pada-Nya... Jika itu fikirannya maka dia lah termasuk dalam golongan bahagia, dan beruntunglah dirinya..

Adapun jika orang yang sama gagal course "engineering" dan tidak dapat menerima hakikatnya.. Dirasakan Sang Pencipta tidak berlaku adil padanya.. kerana ada kawan2 nya diberikan kejayaan berbintang-bintang tapi tidak padanya.. Inilah orang yg selalu menyalahi takdir, dan besar sekali hingga hari matinya, dia hanya hidup dalam dunia impian "cita-cita lamanya...."

Katakan pula 2 orang anak kehilangan ibu-bapa dalam kemalangan jalan raya.. sedih, kaget dan mengejutkn.. Seorang anak selama ini rajin belajar siang ke malam, kadang-kadang sampai pagi menjadi kelawar malam... Tapi kerana selama ini usahanya hanya untuk ditunjuk-tunjukkan pada ibu-bapa sahaja, maka dgn kematian dua orang tersebut terus berputus asa lah dia, tiada lagi istilah study dalam hidupnya. Adapun seorang lagi anak, si kanak-kanak nakal. Dah tua besar panjang, tapi hari-hari dihabiskan utk bermain membuang masa, maka dengan kematian ibubapanya, telah sedarkan dia utk belajar serajin-rajinnya demi keluarga. Lihatlah 2 anak ditimpa peristiwa sama, seorang menerima hakikat dgn hati terbuka, maka dia sebenarnya telah menjadi orang lebih baik, dengan kematiaan ibubapanya, sedangkan seorang lagi, daripada kaki study topscorer, terus jatuh merudum menjadi si putus-asa..

Begitulah dalam hidup, kebahagiaan tidak tergantung kekal pada kekayaan atau kejayaan peribadi, juga tidak kasihsayang, jauh sekali tidak terletak pada seorang manusia.

Point 1: kebahagiaan terletak pada penerimaan diri, dan juga penerimaan peristiwa2 hidup dgn hati terbuka, biarlah apa jadinya, teruslah bersyukur pada Tuhan....
Ada lagi point lain......................... (bakal bersambung)

Bahagiakah hidupmu? [entri 1]


Jika ingin tulis tentang kebahagiaan, mungkin teramat susah, kerana kebahagiaan itu berbeza definisinya bagi setiap manusia. Tetapi tak salah kalau aku katakan kebahagiaan itu adalah satu keadaan ketenangan jiwa, berasa selesa pada hidup, dan berterima kasih atas anugerah hidup kepada-Nya. Jika itu yang kamu rasa setiap hari, maka kamulah golongan orang yang berbahagia...

Adapun kebahagiaa ini, kadang-kadang datangnya sendiri, tanpa kita sedar. Tapi selalunya, kebahagiaan perlu dicari. Kebahagiaan diburu manusia, sepanjang hidupnya.. Kerana apa gunanya kaya raya jika hati tak tenteram untuk tidur lena dimalam hari, apa erti cerdik pandai tinggi pencapaian akademik jika tidak mampu merasa bersyukur atas nikmat duniawi itu..

Maka dengan itu, kebahagiaan sentiasa dicari, diburui. Itulah fitrah seorang manusia, mencari kebahagiaan hidupnya. Maka apabila kita mencari, kita tak mampu bertemu kebahagiaan itu, kerana kebahagiaan bukanlah sesuatu yg lahiriah, tak mampu dilihat mata kasar manusia, tak mampu didengar, jauh sekali menghidu kebahagiaan, tak terbaulah ia.. Maka dengan itu, manusia meletakkan satu bayangan pada kebahagiaan..

Ada manusia, dibayangkan kebahagiaan itu datang dalam bentuk harta kekayaan. Baginya, ada harta, bahagialah hidup. Maka difokuskanlah hidupnya semata untuk mencari kekayaan, pagi petang siang malam..

Adapula yang berkeyakinan kebahagiaan dtg padanya berkasih-sayang sesama manusia. Maka kadang-kadang kasihsayang sesama manusia itu ditinggi-tinggikannya, diagungkannya ke awan langit biru. Baginya tanpa cinta manusia, berakhirlah hidup , tiadalah lagi erti pada hidupnya. Orang seperti ini, kadang-kadang terkeluar beritanya di dada2 akbar, seperti sang isteri yang membunuh diri apabila ditinggal suami, seperti sang kekasih tiada lagi keinginan utk hidup apabila ditinggalkan kekasihnya.. Jika ingin disenaraikan deretan peristiwa, mungkin sekali blog ini akan menjadi blog peristiwa-peristiwa hitam sahaja...

Ada juga yang meletakkan kebahagian dgn kejayaan peribadi, maka lahirlah manusia-manusia, yang pada hidupnya dihabiskan untuk satu tujuan sahaja, seperti atlet yang mhabiskan usianya utk sukan kemahirannya, seperti sesetengah pemain bola star-star dunia, hidupnya hanya pada bolasepak, matinya pon sebagai star bolasepak, tiada lebih dari itu yang orang ingati tentangnya.. seperti juga seorang professor yang hidupnya hanya dihabiskan pada lab-labnya, tidak lagi dihiraukan soal-soal lain di dunia, mungkin sekali jika negaranya berperang pun masih lagi terpacaklah dia di dalam labnya..

Inilah masalahnya, apabila kebahagiaan disalah-letakkan. Kerana hakikatnya, kebahagiaan itu tidak bersandar pada sesuatu pon perkara diatas.. Tak perlu kekayaan untuk berbahagia. Jadi jangan risau jika impian besarmu adalah menjadi kaya dan kamu gagal, kerana kamu juga boleh berbahagia tanpa kaya raya. Jika hari ini kamu telahpun mengecapi nikmat kekayaan, bersyukurlah atas itu, tetapi harus sedari bahawa kebahagiaanmu tidak terletak pada nikmat duniawi ini.. Adapun jika kamu dari golongan miskin yang seringkali merasakan Sang Pencipta tidak berlaku adil padamu, berhentilah merasa begitu.. Kerana kamu sebenarnya mampu berbahagia sebagai orang kaya, tapi boleh juga berbahagia sebagai orang miskin.. itulah hebatnya manusia..

Ada pula yang tersilap meletakkan kebahagiaan hidup pada kasihsayangnya sesama manusia. Seperti sang isteri yang percaya suaminya lah punca kebahagiaannya. Itu silap sama sekali, kerana pemberi kebahagiaan adalah Dia, Sang Pencipta. Jika si isteri meyakini begitu, dan suaminya pula dijemput awal oleh-Nya, maka pasti dirasakan dunia ini sudah berakhir, seolah Dia tidak berlaku adil pada kita. Kepada semua yang pernah mengecapi nikmat berkasihsayang.. sayang ibu dan bapa, kawan-kawan, suami-isteri dan sebagainya, bersyukurlah pada anugerah tersebut, tapi harus disedari bahawa mereka bukanlah peng-anugerah kebahagiaan padamu. Kamu mampu berbahagia tanpa mereka, dan kamu juga mampu berbahagia jika mereka dihilangkan darimu.. Usah jadi si-girlfren yang mbunuh diri kerana ditinggalkan boyfrennya, usah jadi sang suami yang membunuh diri kerana ditinggal isterinya, usah jadi mereka yang berputus asa dengan hidup kerana kehilangan ibu-bapa dalam kemalangan jalan raya.. Sesungguh hidup ini mahal harganya, dan Dia tak mencipta kita utk hidup berduka.. Percayalah, bahawa jika hari ini hidupmu bahagia bersama suami/isteri mu atau kawanmu, kamu juga mampu berbahagia pada hilangnya mereka.. jika hari ini harimu bahagia kerana punya ibubapa yang baik, kamu juga masih mampu terus berbahagia jika Dia tarikkan mereka darimu... Kerana kebahagiaan tidak sama sekali letaknya pada seorang manusia..

Dan percayalah, jika hari ini kebahagiaanmu lahir kerana keseronokanmu memenangi kejohanan sukan, atau lahirnya kerana kejayaan akademikmu, kamu juga mampu bahagia jika kamu kalah dalam perlawan sukan itu, atau jika kamu tiada lagi mengukir kejayaan2 akademik itu.. Percayalah bahawa kita mampu berbahagia sbg lead-engineer, mampu pula bahagia sekalipun kita hanya assistant-engineer, malah mampu saja bahagia sebagai seorang petani, atau seorang penoreh...

Kerana kebahagiaan itu, letaknya.....................( akan bersambung)

JAD 3 years [entry2]

Should I have to chose one word to express my three years here, I’m sure the word would be gratitude. To God for the chance to be here, to my parent for their enormous support, I love you Dad and Mum, to all my lecturers, YPM staff and fellow friends, who was always there for me. I learnt a lot here. But most of all, I discovered myself here. I come to know myself, I come to know my weakness, and cherish my strongpoint. I learnt to differentiate what I want and what I need. I learnt, that sometimes things you want to do is so different from what you should do. I learnt when to help a friend, and when to help yourself. I learnt to cherish my own dream, but I learnt too, that sometimes a dream you’re holding on is always important, but there may be something more important than that. For all of that, I am totally grateful . Again, it had been a wonderful three years for me.

//To all my classmates>>Friends, we had come across a tough stage in our life, but there are always a tougher challenges ahead of us. I hope we all be successful one day. I always believe in dream, I hope you all too, because dream give you hope, and hope motivate you to move forward. Plan what you want to do with your life, and hold on to that. But remember too, that reality is not always sweet, and there may be times in your life when you have to do things you should do instead of doing what you want to do. We call it sacrifice, like a mother have to give up her PhD to look after her baby, or a son have to stop working to look after an ill father, or a student have to stop studying to help his country at war, it’s something everybody does, so never get angry over yours, should it really occur to you someday. It doesn’t mean your plan fail, but it means God have a better plan for you. Always be a thankful man. Remember that life itself is a gift from God, and whatever come from it, it will always be a gift.

I see great potential in everyone of you, i hope we all will grow up, and shine the world. Amin.

JAD 3 years, ending soon...

Ada kala waktu bergerak perlahan,seperti kanak-kanak merangkak , ada kala waktu berjalan, bergerak pantas. Jika dikira waktu di Program persediaan aku, mungkin waktu terbang seperti roket. Kerana 3 tahun rasa macam sekelip mata. Petang tadi final exam aku dah habis. 3 tahun persediaan dah hamper tamat, cabaran baru bakal menanti di Jepun kelak, insyaAllah. Dengan izin Allah, 20-21Mac ni aku akan lanjutkan pelajaran di Saitama University. My Lord, make me a strong man..


Saitama University